Wednesday, August 5, 2009

Program-Program PCTKM1: Jualan Amal Sempena Sukan PASTI Peringkat Negeri Johor.

Sempena Sukan PASTI Peringkat Negeri Johor yang berlangsung 31 Mei 2009 lalu, PAS Cawangan Taman Kota Masai 1 bersama PAS Kawasan Tebrau dan cawangan-cawangan yang lain telah mengadakan suatu jualan amal bagi menambah dana PAS kawasan. Disamping menambah dana, jualan amal ini bertujuan mendidik ahli-ahli sebagai asas dalam menceburi bidang perniagaan. Berbagai aksi dirakamkan ketika jualan amal ini. Kita saksikan...


Gerai jualan Tebrau


Antara pengunjung Sukan PASTI Peringkat Negeri Johor di Nusa Mutiara, Johor Bahru.


Ahli PCTKM1 sedang menunggu pelanggan


Gerai jualan Tebrau merupakan gerai jualan terbesar ditapak jualan Sukan PASTI tempoh hari


Sabar menanti pelanggan

InsyaAllah, PCTKM1 akan mempergiatkan lagi program-program jualan amal bagi menambah dana cawangan. Jangan lupa singgah di gerai kami. Membeli sambil menderma.


No comments: