Wednesday, August 5, 2009

Program-Program PCTKM1: Jualan Amal Sempena Sukan PASTI Peringkat Negeri Johor.

Sempena Sukan PASTI Peringkat Negeri Johor yang berlangsung 31 Mei 2009 lalu, PAS Cawangan Taman Kota Masai 1 bersama PAS Kawasan Tebrau dan cawangan-cawangan yang lain telah mengadakan suatu jualan amal bagi menambah dana PAS kawasan. Disamping menambah dana, jualan amal ini bertujuan mendidik ahli-ahli sebagai asas dalam menceburi bidang perniagaan. Berbagai aksi dirakamkan ketika jualan amal ini. Kita saksikan...


Gerai jualan Tebrau


Antara pengunjung Sukan PASTI Peringkat Negeri Johor di Nusa Mutiara, Johor Bahru.


Ahli PCTKM1 sedang menunggu pelanggan


Gerai jualan Tebrau merupakan gerai jualan terbesar ditapak jualan Sukan PASTI tempoh hari


Sabar menanti pelanggan

InsyaAllah, PCTKM1 akan mempergiatkan lagi program-program jualan amal bagi menambah dana cawangan. Jangan lupa singgah di gerai kami. Membeli sambil menderma.


Program-Program PCTKM1: Majlis Penerimaan Sijil Takaful Ikhlas Khairat Kematian

Majlis penyerahan Sijil Khairat Kematian Takaful Ikhlas bagi PAS Cawangan Taman Kota Masai 1 ini telah berlangsung pada 26 Julai 2009 yang lalu. Khairat Kematian Takaful Ikhlas ini bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli PCTKM1 dan penduduk sekitar andai berlaku kematian ahli keluarga. Skim Takaful Ikhlas ini akan menyediakan bantuan berupa kewangan sebanyak RM1000 bagi sebuah keluarga.


Majlis penyerahan sijil Skim Khairat Kematian Takaful Ikhlas oleh saudara Shamsul Bakri kepada Ustaz Khirul Muntanazar mewakili PCTKM1


Penerimaan sijil Skim Khairat Kematian Takaful Ikhlas oleh saudara Sarizat, Pengerusi Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan (LKK) PCTKM1

Bagi yang berminat untuk menyertai skim ini, boleh berhubung terus kepada saudara Azman ditalian 012 7856853 atau saudara Sarizat ditalian 019 7744230.


Program-Program PCTKM1: Program Sumbangan Dan Ziarah Mahabbah

Program sumbangan dan ziarah mahabbah ini dirangka oleh PAS Cawangan Taman Kota Masai 1 bertujuan untuk membantu masyarakat sekeliling yang menetap di dalam Taman Kota Masai sendiri. Sumbangan yang disalurkan kepada masyarakat ini adalah sumbangan daripada AJK PCTKM1 sendiri serta beberapa individu lain.


Ustaz Khirul Muntanazar sedang bertanya khabar kepada salah seorang ahli keluarga penerima sumbangan


Antara barangan yang disumbangkan


Salah sebuah keluarga penerima sumbangan


Saudara Jasni sedang menyampaikan sumbangan


Turut bersama dalam Program Sumbangan Dan Ziarah Mahabbah ini ialah saudara Azman, Faizal, Salamon, Jasni dan Ustaz Khirul Muntanazar


Dari kiri: Nazrul, Salamon, Ustaz Khir, Hatta, Jasni, Hamdan dan Azman (Jurukamera:Faizal)

Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat mewujudkan hubungan yang baik diantara PCTKM1 dan masyarakat setempat disamping dapat mengurangkan beban bagi mereka yang memerlukan.

Bagi individu yang ingin menyumbang apa jua sumbangan samada dalam bentuk kewangan mahupun keperluan harian, boleh menghubungi saudara Sarizat, Pengerusi Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan (LKK) PCTKM1 ditalian 019 7744230.

Semoga sumbangan tuan-puan dapat membantu meringankan serta kepayahan saudara-saudara kita yang amat memerlukan bantuan.


Saturday, August 1, 2009

idola pejuang islam

terasa sayu dihati bila melihat MB duduk makan begini.....hanya utk renungan pejuang..