Wednesday, July 29, 2009

Program Aqiqah Cawangan Taman Kota Masai 1

Pada 26 Julai 2009 bersamaan 4 Syaaban 1430 bertempat di Pasti Al Irfan Jalan Nenas, PAS Cawangan Taman Kota Masai 1 telah menganjurkan satu program aqiqah bersempena sambutan Isra' Mikraj.
























Ahli jawatankuasa cawangan dan penduduk setempat sedang melapah daging aqiqah
























Biarpun dibawah terik mentari, para peserta gotong royong menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah

Program ini telah diadakan secara bergotong-royong bersama ahli jawatankuasa cawangan dan penduduk setempat. Program aqiqah ini bermula pada sebelah pagi dengan acara penyembelihan lembu, diikuti dengan acara memasak secara bergotong-royong dan disusuli ceramah Isra' mikraj oleh Ustaz Rozali Bin Jamil, Lujnah Penerangan Dewan Ulama Negeri Johor pada sebelah malamnya.
























Para hadirin khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Alfadil Ustaz Rozali Jamil
























"Tuan-puan, sekarang dunia dah terbalik. Dulu anak murid bawa kitab tapi sekarang, tok guru yang bawa kitab" seloroh Ustaz Rozali jamil.

Program aqiqah anjuran Cawangan Taman Kota Masai 1 ini diakhiri dengan jamuan.


3 comments:

Anonymous said...

tahniah kpd semua yg trlibat dlm menganjurkan prog ni.....syukran..

ibnuhadid said...

beri penerangan tentang Islam yg sebenar.......

ibnuhadid said...

Sudah beberapa kali ana bawa ust Razali ni dtg kota masai, dalam kuliah@ceramah mesti menggunakan tayangan multimedia, sekurang2nya ana nk tunjuk pd puak2 amno yg kita dlm Pas bkn buta IT,sptmana fitnah yg di lemparkan oleh wanita amno dhari penamaan calon PRU12 di Dewan pelangi indah, dan skrg ni pun setiap program penerangan ana buat tayangan media, dan sedikit hari nanti dengan IT ni juga ana akan sebarkan bukti2 kelemahan UMNOBN dlm Parlimen Tebrau. doakan perjuangan ini........